Hinanya Diri Ini

Bismillah.
Alhamdulillah.
Pagi ni Allah bagi satu lagi kesempatan.
Allah bagi satu lagi peluang.
Untuk bernafas. Untuk beribadah. Untuk menghayati alam. Untuk melaksanakan tanggungjawab. Untuk bermuhasabah. Untuk berbakti kepada ummat. Untuk meneruskan dakwah.
Nikmat.
Sangat nikmat.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Pagi ni aku pegi ke luar jap. Tapi bukan luar pun. Kat balkoni je. Konon-konon nak layan jiwang jap. Hehe…
Keluar ikut sliding door, sandar dekat besi.


tak sempat nak ambek gambar sunrise

dulu selalu nampak lembu. tapi sekarang dah takde pon
Subhanallah.
Indahnya. Cantiknya. Hebatnya. Teraturnya. Sistematiknya.
Tiba-tiba terasa diri ini sangat kecil.
Sangat lemah.
Sangat kerdil.
Aku hanya sorang manusia dari banyak2 manusia kat KTT.
Banyak2 manusia kat KTT ni, sikit je nak banding dengan banyaknya manusia kat Bandar Baru Salak Tinggi (BBST)
Banyak2  manusia kat BBST pulak, sikit je nak banding dengan banyaknya manusia kat Sepang.
Banyak2 manusia kat Sepang pulak, sikit je nak banding dengan banyaknya manusia kat Selangor.
Banyak2 manusia kat Selangor pulak, sikit je nak banding dengan banyaknya manusia kat Malaysia.
Banyak2 manusia kat Malaysia pulak, sikit je nak banding dengan banyaknya manusia kat Asia.
Banyak2 manusia kat Asia pulak, sikit je nak banding dengan banyaknya manusia kat dunia ni.
Manusia pulak, hanyalah satu spesies dari banyak2 spesies makhluk yang Allah ciptakan kat Bumi.
Bumi pulak, sangat kecil berbanding Jupiter.
Jupiter pulak, sangat kecil berbanding Matahari.
Matahari pulak, sangat kecil berbanding Antares.(nama bintang)
Antares pulak, hanyalah satu bintang dalam bima sakti.
Bima sakti pulak mengikut kajian ada 200-400 billion bintang.
Tapi still sangat kecil, berbanding Andromeda.
Andromeda mengikut kajian ada lebih dari 1 trillion bintang.
Andromeda pulak, hanyalah tak sampai setitik dari seluruh alam semesta yang Allah ciptakan.
Justeru, berapa besarkah aku?
Bukan2.
Patutnya, berapa kecilkah aku?
Dah tahu diri tu kecil, dah tahu diri tu lemah, dah tahu diri tu hina,
Buat apa nak sombong?
Buat apa nak berlagak?
Buat apa nak riya’?
Buat apa nak takabbur?
Buat apa nak rasa diri tu hebat?
Astaghfirullah.
Allah tak pernah pandang berapa hebat jawatan yang manusia sandang.
Allah tak pernah pandang berapa tinggi darjat yang manusia capai.
Allah tak pernah pandang berapa banyak gaji sebulan yang manusia dapat.
Allah tak pernah pandang berapa mahal pakaian yang manusia pakai.
Allah tak pernah pandang berapa cantik wajah yang Dia pinjamkan.
Allah tak pernah pandang berapa banyak ‘A’ yang manusia dapat.
Allah tak pernah pandang, kulit mana yang putih, kulit mana yang hitam.
Tetapi ikhwah dan akhowat,
Pandangan Allah sangat adil.
Allah Maha Adil.
“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kalian dari laki-laki dan perempuan, dan Kami menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kalian adalah orang yang paling bertaqwa di sisi Allah. “[al-Hujurat:13]
Wallahua’lam.
NUKILAN :


No comments:

Post a Comment