Hati siapa yang nak dijaga?

Assalamualaikum. memandangkan entry blog BADAR KTT pada kali ini saya yang menaip, maka ayatnya akan jadi sangat sangat lah santai. :) harap anda semua tak kisah.

Ok ok, mari kita lihat ragam ragam manusia pada masa kini, tak kisah anda semua berada di mana dan bila bila masa sahaja, perkataan-perkataan yang diucapkan oleh makhluk spesies homo sapien sp.(kita lah tu) sudah tak bermadah madah dah, kebanyakannya straight to the point. Malah, dunia hari ini penuh dengan manusia manusia yang dikatakan suka bergurau. Tapi pernah tak terfkir, apa yang kita buat tu,adakah ia menjaga hati orang lain?



Maybe ada segelintir yang membaca ni akan mengatakan "Hekeleh budak ni, pehal nak fikir pasal hati orang lain pulak?". Mari kita jawab soalan ini bersama-sama ya wahai kawan kawan.

Sekarang, kita tengok perangai orang zaman kini, kalau ada pak we makwe, amboi bukan main lagi nak jaga hati diaorang bagai nak rak, sanggup merentasi lautan, mendaki gunung everest la  pe bagai, lidah tu dijadikan sampai berbelit belit semata-mata nak menjaga hati diorang, tapi kenapa ye? Alasan mereka-mereka ini, yang saya lihat, "Weh, dia tu awek@ pak we aku, mesti ah nak jaga beb, nanti tak pepasal dia tinggal kan aku".

Ok, kita tengok dari segi ibu bapa pula, jika anda sayang mereka, kenapa anda tak jaga hati mereka? Oklah, bagi yang ada masalah keluarga yang menyebabkan anda katakan anda benci parents anda, saya ingin katakan, wajarkah kita sakitkan hati orang yang surely terang-terangan tak akan tinggalkan kita? even pak we makwe yang bukan muhrim korang tu pun tak sure lagi kan akan bersama-sama korang sampai end of their life kan?



Kalau anda semua katakan ibu bapa anda semua abaikan anda semua, anda patut fikir, kenapa ye kalau diorang betul-betul dan teramat sangat-sangatlah tak sayangkan anda, dah lama diaorang buang anda dekat semak samun or tengah tengah hutan time korang lahir, or even worser, bunuh korang sebelum korang sempat lihat dunia ni. Kalau tak pun, time anda melalak mintak susu tengah tengah malam, kalaulah mak anda semua bencikan anda, mesti dia biarkan je anda melalak sampai hilang suara and kehausan time baby baby dulu kan?

Now get the point? Itu dari konteks ibu bapa. And yes, saya tegaskan jagalah hati ibu bapa anda, janganlah sesekali anda katakan "ahh, haihhh," or what ever yang boleh membuatkan hati mereka terguris, nanti tak pepasal anda dapat gelaran anak derhaka secara free.

For now, saya nak sentuh dari segi orang selain family kita, tapi bukan pakwe atau makwe tahu, terang terangan salah dah kalau diskopkan pada tu.

Saya amatlah yakin kalau anda semua katakan anda ada sahabat. Tipulah kalau ada orang yang kata "Aku hidup alone, tak suka berkawan ni". At least kalau anda jenis suka bersendirian pun, anda mesti akan berjumpa dengan someone yang digelar kawan.

Saya tahu, dalam persahabatan yang akrab, suka bertepuk bertampar, bertumbuk(Ni hiperbola, harap maaf). Paling kurang pun bergurau senda menggunakan lisan. Saat tu memang dikatakan sangat seronok, tapi adakah situasi itu akan jadi seronok bila gurauan itu melampau-lampau?

Saya beri contoh apa yang selalu terjadi pada remaja zaman kini,

Si A dilahirkan berkulit gelap, dan disebabkan itu, dia sering diusik oleh sahabat karibnya, B yang berwajah ala-ala Korea.(Apakah?)  Tiba je time hari Deepavali, Si B berbicara "Weh, A, kau tak gi Batu caves ke doe? Ke gi lawat keturunan kau ke?, ha.. ha... ha...". Kalaulah anda jadi si A, rasa macam nak pelempang je kan muka B tu?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
"Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."



[Al-Hujurat, 49:11]

Kalau sekali sekala,maybe si A  tak ambil kisah, tapi kalau dah selalu, ada sahaja possibility untuk dia terasa hati, and lastly, memalingkan muka dari si B. See? Apa jadi? Tak pepasal, retak satu relationship yang baik.

Ada jugak yang jenis suka menegur sahabat-sahabatnya. Bagus niat tu, tapi silalah fikir-fikirkan ayat untuk menegur sahabat-sahabat itu. Jangan main melulu je kerana maybe ada juga yang akan memandang serong terhadap apa yang anda sampaikan, contoh;

Minah tak pakai tudung, dan Bedah yang bertudung labuh ingin menegur Si Minah, Satu hari  Bedah menasihati Minah "Minah, kau pakailah tudung, kau tau tak, kau ni jahil gile dalam agama, kenapa kau tak pakai tudung? Tak takut Allah ke?".

MasyaAllah, itukah cara untuk menegur? dengan cara yang "harsh" macam tu ke? Saya tak rasa Islam begitu, :) Sama-samalah kita renung-renungkan.

Cuba bayangkan kalaulah perkara ini berlarutan, apa akan jadi? dengan tidak menjaga hati orang lain, perpecahan boleh berlaku. Umat Islam sepatutnya bersatu, bukan berpecah.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ


"Wahai manusia! Sungguh Kami telah menciptakan kamu dari laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh Allah Maha Mnegetahui, Maha Teliti".


[Al-Hujurat, 49:13]






Alhamdulillah, selesai sudah entry ni. maafkan saya jika ada yang tidak berpuas hati dengan apa yang saya sharekan, tapi niat saya hanya kerana Allah. Semoga ukhuwah kita sebagai saudara sesama Islam tidak akan terjejas kerana perkara-perkara simple seperti "tidak menjaga hati orang" ini. 


Sekian, Assalamualaikum...







4 comments:

  1. jagalah hati,
    jangan kau kotori,
    jagalah hati,
    lentera hidup ini....

    lagu sape tah.. x ingat..

    ReplyDelete
  2. mantaplah amira.. like this very particular post! :D hope everyone sedar on every word y diperkatakan.. ;)

    ReplyDelete