Salam kesukanan buat semua.

Sukan ini satu lumrah tentunya. Sebut sahaja di mana-mana, pasti bisa seseorang itu mengenali permainan ini. Hanya sebiji bola yang diperlukan, tempatnya pula tidak menjadi persoalan. Yang penting kegembiraan ada di situ. Itulah bola sepak. Bagi seorang lelaki, sukan ini ibarat satu keperluan dan kemestian. Lihat sahaja sewaktu FIFA WORLD CUP atau EURO, pastinya mata sekalian jejaka akan terpaku di kaca televisyen, mononton aksi pasukan kegemarannya. Tiada salahnya di situ.


Apa yang ingin penulis bawakan di sini adalah falsafah yang tersirat disebaliknya. Oleh kerana sekalian manusia menggemari sukan ini, rugi sekiranya kita tidak mengkajinya. Dakwah itu amat luas ruangnya, maka mari kita mencarinya sebanyak mungkin.

Dalam sukan bola sepak, 12 orang pemain diperlukan oleh sesuatu pasukan. Daripada penjaga gol, pertahanan, pemain tengah, penyerang, defensive midfielder, attacking midfielder, left wing, right wing, dan pelbagai lagi. Semuanya amat diperlukan bagi menjamin satu kemenangan. Setiap pemain itu memiliki peranan tertentu mestinya. Sebagai contoh, jika penjaga gol itu tidak memainkan peranannya, pasti dia mudah dibolosi. Natijahnya, kemenangan akan menjauhi pasukan itu dan kekalahan akan menghampirinya. Itu baru peranan di dalam padang. Bagaimana pula dengan mereka yang di luar padang? Jurulatih itu sendiri memainkan peranan n dalam pasukannya. Jurulatih perlu barpengalaman, bilak dan memiliki gaya kepimpinan yang bagus bagi mendidik pemainnya dan melahirkan pemain yang berkualiti dan memiliki nilai tambah. Secara mudahnya, setiap daripada mereka memiliki paranan sendiri. Peranan itu yang perlu dimainkan.

Begitu juga halnya dalam kehidupan ini. Setiap manusia itu ada peranannya. Telah Allah berfirman bahawa jin dan manusia ini dijadikan hanya untuk beribadah kepadanya. Itu adalah satu peranan terbesar manusia. Kerosakan dan kemaksiatan yang berlaku tika ini adalah dek kerana manusia tidak menjalankan peranan mereka. Lebih teruk lagi sekiranya mereka lari daripada amanah Allah ini. Mereka mahu hidup bertuhankan nafsu dan berkiblatkan dunia semata-mata. Apabila dunia itu letaknya di hati, maka binasalah kehidupan yang sementara ini.Hal ini akan menjadikan manusia itu kalah. Kalah kepada nafsu, syaitan, dunia berserta kemewahannya.

Selaku umat Islam, kita telah kalah. Masih ingat 1924? Apa yang berlaku? Ingat pengkhianatan ATTARTUK terhadap dunia Islam? ya. Khalifah telah tumbang. Itu tarikh kekalahan kita. Dan lebih perit kagi apabila kita ini sendiri yang memilih untuk kalah. Umat masih dalam kelesuan. Dihambat mimpi-mimpi indah nan panjang. Kita masih tidak mampu mengorak langkah dan memikul beban melaksanakan semula tugas berdakwah. Perlu kita ingati, khalifah itu wajib ditegakkan. Ia ibarat payung kepada umat Islam. Dan ledih tinggi lagi, perlu kita pastikan bahawa ketundukan seluruh umat manusia ini hanya kepada Allah sahaja. Umat Islam perlu kembali kepada Allah dan umat bukan Islam pula perlu menerima pemerintahan Islam dan mahu bernaung dibawahnya. Kerana hanya Islam sahaja jalan yang diterima Allah. Jika kita memilih jalan lain, niscaya redha Allah tiada bersama kita lagi.

Saudaraku sekalian, ambil ini sebagai satu ingatan bersama. Telah jelas kepada kita, peranan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran wajib dilaksanakan. Jika para dai'e tidak melaksanakannya malah lari daripada tanggungjawab ini, hanya keampunan Allah jua yang diharapkan. Kemurkaan Allah adalah seburuk-buruk perkara. Maka, menjadi kewajipan kita untuk terus bersiap-siaga demi memikul beban ini.Moga kita terus kekal di atas jalan para nabi dan rasul ini.

Peranan perlu dimainkan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment