AIDIL ADHA : ITU KISAH MEREKA, KISAH KITA MACAM MANA?

          Tarikh 10 Zulhijjah 'sepatutnya' menjadi tarikh yang amat penting bagi kita semua sebagai umat Islam. Ya, jika ditanya, pastinya semua akan menjawab tarikh ini amat penting dan bermakna kerana pada tarikh inilah seluruh umat Islam akan menyambut hari raya aidil adha atau pun dikenali dengan nama hari raya korban. Persoalannya, apa yang penting dengan tarikh ini? Pada tarikh ni, lembu-lembu akan dikorbankan. Adakah sekadar korban lembu semata-mata? Penting sangat ke sembelih lembu? Setakat tu je ke kepentingan hari raya korban ni?

       “Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;” Surah Assaffat ayat 103-107.

           Jika mahu ceritakan kisah di sebalik sambutan hari raya korban ni, saya yakin semua pembaca sudah pun sedia maklum 'tahu' mengenai kisah pengorbanan nabi Ibrahim dan puteranya nabi Ismail. Mungkin saja pengetahuan pembaca sekalian mengenai kisah perjuangan rasul-rasul Allah ini lebih mendalam daripada saya. 

        Kisah yang bermula dari pengorbanan dan kesanggupan Nabi Ibrahim meninggalkan anak dan isterinya di Tanah Hijaz yang gersang(Mekah), mimpi Nabi Ibrahim menyembelih anaknya, pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup disembelih kerna taat pada perintah Allah sehinggalah saat di mana korban Nabi Ismail digantikan dengan seekor binatang peliharaan yang besar(kibas). Sememangnya, kisah ini membawa erti pengorbanan yang amat besar bagi kita semua. Tapi, ini kisah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar. Bagaimana pula dengan kisah kita? Ini pengorbanan mereka. Kita pula?

              

           Kalau kita singkap kembali sirah para nabi dan para sahabat, begitu banyak dan besar sekali pengorbanan mereka. Bukan setakat  harta, tenaga dan masa hatta nyawa sekali sanggup dikorbankan. Mengapa  sampai begitu sekali ye?  Sudah pasti semua pengorbanan yang dilakukan adalah semata-mata untuk mendapat keredhaan ilahi dan tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menggapai syurga-Nya. Ya, itulah jawapan kita jika ditanya sedemikian dan tak dinafikan jawapannya amat tepat sekali. Persoalannya, adakah kita benar-benar memahami maksud dan reason di sebalik setiap pengorbanan itu? Kita tahu, tapi adakah kita  benar-benar menghayati? Tepuk dada tanya iman.

            Tidak sedarkah kita betapa payah dan deritanya umat-umat terdahulu berkorban semata-mata untuk mendapat syurga-Nya? Dan adakah kita yakin dengan apa yang kita lakukan hari ini, mampu menjanjikan syurga dan reda Allah? Cuba bandingkan dengan pengorbanan para nabi dan para sahabat. Setandingkah kita dengan mereka? Di saat mereka berperang di jalan Allah, kita masih lagi bersenang lenang duduk di atas sofa menonton tv. Di waktu malam saat mereka bertahajjud, kita masih lagi tidur dibuai mimpi-mimpi mainan syaitan. Di saat mereka berlumba-lumba mengorbankan harta di jalan Allah, kita berlumba-lumba 'mengorbankan'wang ringgit untuk menonton wayang. Sedarlah wahai bangsaku.. Syurga bukan destinasi yang mudah...

Kalau masa pun kita tak dapat korbankan untuk solat berjemaah... 
Kalau sedikit masa pun kita tak dapat korbankan untuk mendengar tazkirah.. 
Kalau wang ringgit pun kita tak rela korbankan untuk membantu saudara-saudara di Palestin.. 
Kalau sedikit tenaga pun kita tak dapat korbankan untuk amal dakwah dan tarbiyah. 
KALAU SEDIKIT MASA, HARTA, DAN TENAGA PUN KITA TAK MAMPU KORBANKAN UNTUK ALLAH......

Layakkah kita ke SYURGA-NYA??????



Nukilan kader sejati...

dipetik dari TINTA SEORANG KADER

No comments:

Post a Comment