Islam di Mata Mereka

(Assalamualaikum)
Sebagai umat Islam, kita sepastinya mengetahui sebahagian besar apa-apa yang terkandung dalam Islam, termasuklah ilmu-ilmu akidah, hukum-hakam, syariat dalam beribadat dan sebagainya. Tetapi apa pula pandangan mereka yang non-muslim kepada agama kita ini?


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
(Ini merupakan kisah pengalaman penulis suatu ketika dahulu yang sempat membuka satu page dari internet tentang Google :Why I Choose Islam; berminat untuk mengetahui sebab-sebab sebahagian non-muslim yang revert back to Islam)

Dalam page tersebut, terdapat kisah tentang seorang wanita beragama Hindu (maaf sekiranya silap) yang revert kepada Islam, tetapi tidak pula mengandungi cerita atau alasan wanita itu memilih Islam (agak kecewa sedikit..). Tetapi, terdapat ruang comments untuk para pembaca page tersebut.

Antara comments yang menarik ialah..

-(saudara beragama Hindu agaknya) yang tidak berpuas hati wanita itu memilih Islam berdebat dengan hebatnya tentang akidah umat Islam.

-ada yang dengan pandainya mengatakan bahawa Islam dan Hindu itu SAMA; menyembah Tuhan yang SAMA tetapi dalam Hindu Tuhan itu mempunyai gelaran lain dan dalam Islam Tuhan itu ialah Allah, kitab-kitab mereka adalah sama seperti Al-Quran, dan sebagainya.

-ada yang menyatakan patung (berhala) yang mereka puja itu hanyalah simbol kepada tuhan mereka (fizikal/ ciri-ciri); sebagaimana Kaabah merupakan simbol Tuhan kepada umat Islam.

-ada pembaca menulis:
X: How can I be a Muslim?
Y: You can (maaf lupa bahangian ini) and become a prostitute (berikutan kisah di bawah)


-ada yang mengatakan Muhammad s.a.w. itu old senile (tua nyayuk) yang gatal untuk berkahwin dengan perempuan muda (Aisyah r.a.)

-ramai di antara mereka yang memandang rendah kepada martabat muslimah dengan menganggap mereka sebagai prostitute (berikutan kisah Rasulullah s.a.w. yang berkahwin dengan Aisyah r.a. tatkala Aisyah r.a. masih muda dan mereka anggap Aisyah r.a. itu sebagai pelacur)

-ada yang mengatakan umat Islam bend (merujuk kepada ibadah solat) 5x sehari

Ini semua hanyalah sebahagian dari comments yang terdapat dalam hampir 60 pages yang penulis sempat selak.

Jadi apa yang boleh kita katakan dari comments ini? Ini membuktikan yang ilmu mereka tentang Islam lemah dan tidak layak untuk berdebat mengenai Islam, serta pandangan mereka kepada beberapa prinsip Islam adalah salah. Namun tidak banyak pula umat Islam tampil untuk menjawab atau perbetulkan kenyataan-kenyataan mereka itu. Kita selaku umat Islam sepatutnya menyediakan diri kita dengan lebih banyak ilmu agama bagi menghadapi persoalan-persoalan dari mereka yang bukan Islam, seperti dalam comments di atas. Sekiranya persoalan-persoalan mereka terjawab ada kemungkinan mereka akan kembali mengesakan Allah yang satu....Insya-Allah....

No comments:

Post a Comment